Sahabat Ikhtiar Trading Sdn Bhd sebelum ini dikenali sebagai Sahabat Ikhtiar Holdings Sdn Bhd merupakan salah satu subsidiari di bawah Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) Berhad yang kini memfokuskan perniagaan di dalam bidang perniagaan jual dan beli emas.
Hasrat SITSB adalah untuk membangunkan sektor perniagaan serta memperkukuh ekonomi disamping memperkembangkan portfolio perniagaan kumpulan Koop Sahabat.
Terlibat secara langsung dalam peruncitan wafer emas dan penjualan barang kemas terpakai yang diperoleh daripada siri-siri lelongan yang dianjurkan oleh Sahabat ArRahnu (SAR) milik Koop Sahabat.
SITSB mula mengorak langkah dalam bidang perniagaan emas dengan menceburi aktiviti penjualan wafer emas serta penyertaan dalam lelongan barang kemas oleh cawangan-cawangan Sahabat ArRahnu, Koop Sahabat dan agensi luar.
Penjualan barang kemas “preloved” secara fizikal dan platform “Instagram” serta “Business WhatsApp” telah dilaksanakan bermula Jun 2022. Pada tahun 2023, platform “Shopee”, “Tiktok” dan “Telegram” telah digunapakai untuk memperluaskan jaringan pelanggan.
Menjana sumber kewangan untuk mengukuhkan pembangunan ekonomi ummah selari dengan Visi Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad:
Menawarkan produk yang mempunyai nilai memiliki & mempunyai (“sense of belonging”) kepada Anggota.
Mempelbagaikan bidang perniagaan yang mempunyai risiko rendah dalam pelaburan.
Menjana pulangan pelaburan yang optimum kepada syarikat dan Koperasi Sahabat.
Menjadikan Sahabat Ikhtiar Trading Sdn Bhd sebagai penyumbang ekonomi melalui simpanan emas, sektor pemborongan dan peruncitan dengan menawarkan produk dengan harga yang kompetitif yang akan memberi pulangan kepada Anggota.
– Motto Sahabat Gold –
– Tagline Sahabat Gold –
© Hak Cipta Terpelihara Sahabat Ikhtiar Trading.